Saturday 24 March 2012

Rahsia Sifat Melalui Warna Kegemaran

Warna kegemaran juga boleh menentukan sifat atau perwatakan seseorang wanita..Berikut adalah beberapa warna kegemaran beserta dengan sifat keperibadian masing-masing..
  • MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga,mendorong makin cepatnya denyutan nadi,menaikkan tekanan darah,mempercepatkan pernafasan dan menyediakan sumber energi.Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.
  • MerahTerang                                                                                                               
    Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan. 
  • Merah Jambu
     Warna merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyian, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan. Merah Jambu melambangkan romantikfeminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahanpenyerahankesempurnaankeayuan dan kesantunan.

  • HIJAU
Warna ini adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan. Warna hijau melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

  • KUNING
Warna ini adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma. Kuning melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.
  • Kuning Terang
    Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.
  • BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.
  • Biru Tua

    Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

  • Biru Muda
    Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.



  • KELABUHITAM

 KELABUWarna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian. Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.HITAM : Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia. Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.


  • COKLATUNGU

COKLAT Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan. 


Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.


UNGU Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif. 


Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan.Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda,iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal.Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian.Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.


  • OREN
Warna oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.


  • Emas
adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan.Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi.Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif,bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.


  • PERAK
Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak.Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif.Jika hadirnya aura berwarna sebegini,ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut,individu tersebut seorang yang terlalu kreatif...


Thank you for willing to read my entry.. Click like button bellow if you like this entry.. And don't forget to drop a comment..!