Thursday 28 July 2011

info kesihatan..!

Berbuka Puasa Dengan KURMA
sebenarnya buah kurma bukan sahaja elok dimakan ketika berbuka puasa,tetapi pada bila-bila masa! ini kerana buah kurma mengandungi banyak khasiatnya yang dapat menyihatkan tubuh badan.

Khasiat buah kurma:

Kurma kaya dengan mineral seperti
kalsium dan potasium,
vitamin A, B dan C serta bebas
daripada kolestrol.
Mineral dan vitamin2
yang sngat diperlukan
oleh tubuh kita..

Kurma juga boleh mengubati
masalah penghadam dan sembelit. 
Hal ini kerana serat yang
terkandung di dalam buah kurma
dapat merangsang pergerakan usus yang perlahan.

kandungan fosforus
di dalam buah kurma
juga dapt membantu
meningkatkan keupayaan
otak untuk berfikir... 




guala asli yang terkandung didalam kurma dapat memberi tenaga
kepada badan.Hal ini ada dijelaskan oleh Allah SWT didalam
al-Quran,yang mana Allah menyuruh Maryam(ibu Nabi Isa) agar
memakan buah kurma ketika Maryam dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Gula ini dapat dihadam dengan mudah dan diserap ke dalam tubuh dengan cepat.


kurma juga dapat
menguatkan jantung...


sempena kedatangan bulan Ramadan ini,
ambillah kesempatan untuk membeli buah kurma
yang pelbgai jenis.Buah kurma yang sudah dikeringkan
boleh bertahan lama.oleh itu kita
tidak perlu bimbang untuk menyimpannya.

sewaktu berbuka, eloklah kita memakn
buah kurma kerana kita akan rasa
cepat kenyang dan bertenaga.
Kita juga tidak akn dikuasai oleh rasa tamak untuk
memakan pelbagai jenis makanan sehingga perut kita penuh.
Perut yang penuh dengan
makanan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.

kurma juga elok dimakan semasa bersahur.
kandungan Fosforus di dalam kurma
membuatkan otak dapat berfikir dengan baik.




Thank you for willing to read my entry.. Click like button bellow if you like this entry.. And don't forget to drop a comment..!

Thursday 21 July 2011

renung2kan....buat tatapan smua!

Jika kejahatan di balas kejahatan,
maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan,
itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji


Lantaran adanya wanita,
alam menjadi indah,
lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.
Lantaran adanya lelaki dan wanita
terkadang sempurnalah
suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan....



Biar pendiam tapi berisi,
daripada bising menyusahkan orang,
biar banyak ingatkan mati,
daripada hidup bagaikan arang....



 
Tatkala kita di bawah,
yakinlah kita pasti akan berada di atas,
dan tatkala kita berada di atas,
yakinlah....
kita tak selamanya di situ....





Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya...!       



Jangan pandang
kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu,
Jangan kejar
kemewahan kerana ianya akan susut,
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana
ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram,
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum,




Kehidupan kita di dunia ini
tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan...
apa yang ada hanyalah percubaan,
cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi
hanya dapat ditemui
apabila kita kembali semula kapada Ilahi...




      
Mengapa manusia
gemar mencetuskan pertelingkahan
sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah kemesraan....



Kekecewaan
mengajar kita erti kehidupan...
teruskan perjuangan kita
walaupun
terpaksa menghadapi rintangan
demi rintangan dalam hidup ini...



Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

         

Thank you for willing to read my entry.. Click like button bellow if you like this entry.. And don't forget to drop a comment..!