Monday 26 December 2011

9 Langkah Menangani Semula Bekas Kekasih

Jangan Merayu
Kebanyakan wanita melakukan kesalahan dengan merayu kepada pasangan apabila dia menyuarakan isi hatinya untuk berpisah.Menangis,memujuk dan mengatakan yang kamu tidak boleh hidup tanpanya berkali-kali bukanlah langkah yang bijak.Ia sebenarnya membuatkan dia semakin menjauhkan diri daripada kamu kerana rimas dengan pujuk rayu dan air matamu.Jika ini yang sedang kamu lakukan sekarang,berhenti! Ia hanya akan membuatkan si dia bertambah yakin dengan keputusannya kerana kamu membuktikan dirimu lemah.Letakkan sedikit ego dalam diri kamu dan bertenang ketika mendengar alasannya mengapa kamu berdua patut berpisah.Walaupun perit, namun kamu mesti bersikap matang dan cekalkan hati.Kamu tak mahu dia terus berlalu pergi kan?



Beri Ruang
Sebaik-baiknya,beri ruang untuk diri masing-masing.Kadang-kala,kata putus dilafazkan ketika kamu berdua sedang marah dan bergaduh.Ketika marah akal fikiran tidak dapat berfungsi dengan baik kerana dikawal oleh perasaan menyampah dan benci yang meluap-luap.Kalau boleh,jarakkan diri kamu takut akan kehilangannya.Biar hatinya sejuk dan emosinya stabil semula.Keadaan yang tegang tidak akan membantu dan hanya mengeruhkan keadaan sekiranya kamu masih berada disampingnya.Masa yang ada kamu gunakan sebaiknya untuk menganalisa di manakah kesilapan yang mungkin berlaku antara kamu dan dia.Setelah keadaan kembali reda,barulah kamu boleh duduk berbincang dan bertanya kepadanya apakah sebenarnya masalah yang dihadapi tanpa beremosi.Cuba kawal perasaan walaupun ketika itu kamu sedih dan kecewa.



Bertenang
Jangan tergopoh-gapah dan terlalu teruja untuk memenangi hatinya semula.Memang kamu merancang untuk mengambil hatinya semula tetapi tidak perlulah sehingga kamu menghentikan semua rutin hidupmu hanya untuk rancang ini.Kamu juga taidak perlu memberitahunya yang kamu mencintai dia setiap 10minit dan tidak henti-henti menelefon atau menghantar pesanan ringkas untuk bertnya khabar.Kamu juga tidak perlu membelikannya hadiah yang mahal-mahal atau membuat sesuatu diluar jangkaan semata-mata ingin memikatnya semula.Jadi bijak dengan bertenang dan fikirkan apa yang terbaik untuk dilakukan,jangan kelihatan seperti kamu terlalu mendesak.



Berfikiran Positif
Bersikap negative,muram dan tertekan bukanlah sesuatu yang produktif apabila kamu sedang cuba mendapatkan cintanya semula.Sebaliknya,ia mengganggu usaha kamu kerana tiada apa yang menarik apabila kamu merasa kasihan ke atas diri sendiri.Tak perlu berkabung dan bersedih terlalu lama kerana ia hanya membuang masa kamu.Cepat bangkit dan yakin bahawa harapan masih ada untuk kamu berdua.Cari peluang sebaiknya yang kamu ada.Jika dia masih belum ada pengganti,ini bermakna dia masih belum dapat melupakan kisah lama dan kamu masih ada peluang untuk bersamanya semula.Berfikiran positif dapat membantu kamu untuk terus berusaha mendapatkannya semula.Jangan putus asa!



Jangan Terlalu Mencuba
Perkara paling buruk adalah kamu kelihatan terlalu mencuba dan bekas kekasihmu tahu yang kamu sedang mencuba untuk memenangi hatinya semula.Pasti semakin tinggi egonya kerana tahu kamu sedang berhempas-pulas menarik perhatiannya dengan bersungguh-sungguh.Ingat lelaki suka pada sesuatu yang sukar untuk diperolehi,bukan pada wanita yang mencampakkan diri kepada mereka.Usah mengugut mereka dengan mengatakan kamu akan membunuh diri atau mengapa-apakan dirinya mahupun orang sekalilingnya kerana itu adalah perbuatan bodoh yang hanya akan merugikan dirimu.Jangan buatkan dia kembali kepada kamu hanya kerana kasihan.Tidak perlu menagih simpati kerana bukan itu yang akan membuatkan hubungan kamu berdua berkekalan.Tunjukkan yang kamu okey dengan keputusannya dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa.



Jual Mahal
Jika kamu berdua mempunyai kumpulan teman yang sama,inilah peluang terbaik untuk kamu menonjolkan diri.Apabila kamu terserempak dengannya di tempat yang sama sewaktu sedang melepak atau bersosial,buat seperti biasa.Jangan terhegeh-hegeh menghampirinya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadapnya sahaja.Pastikan dia Nampak yang kamu sedang bergembira dan tidak ambil peduli akan kewujudannya di sana.Jika dia dating menegurnya,jangan terlalu teruja kerana mungkin dia tidak mahu sombong hanya ingin berbuat baik dengan kamu sahaja.Bercakap seperti biasa dan cut it short.Biarkan dia terkapai-kapai meminta perhatian daripadamu.Kelakiannya akan tercabar dan dia akan berasa cemburu melihat kamu bermesra dengan semua orang lebih-lebih dengan lelaki lain.Pasti ini akan membuatkan dia tertarik dengan kamu semula.



Bercantik-cantik
Kalau dahulu kamu seorang yang selekeh dan tidak mengambil berat akan perihal kecantikkan,inilah masa yang terbaik untuk berubah.Pastikan kamu sentiasa kelihatan cantik dan hebat! Ubah penampilanmu dengan membeli pakain atau mencuba potong rambut baru agar  nampak  lebih segar. Bersiap-siap dan bersoleklah secantiknya lebih-lebih lagi jika kamu tahu dia akan berada di tempat yang sama.Apabila kamu bergaya dan tampil cantik,secara tidak langsung ia meningkatkan keyakinan diri.Selain menarik perhatiannya,secara tidak langsung lelaki lain turut mula memberikan perhatian kepadamu dan pasti dia akan cemburu.Kamu akan membuatkan dia menyesal kerana memilih untuk meninggalkan kamu!



Jalin Hubungan Baik
Jangan akhiri hubungan kamu berdua dengan kebencian.Walaupun ketika mula berpisah kamu dan dia mungkin bergaduh atau bermasam muka,usah biarkan ia berpanjangan.Apabila lelaki memutuskan hubungan selalunya mereka akan berharap kamu berdua dapat berkawan baik.Jangan menolak serta-merta kerana ia adalah langkah terbaik daripada kamu terus kehilangannya.Beri keselesaan dan jadilah pendengar yang setia.Jika kamu berkelakuan sebegitu,ia akan mmenampakkan yang kamu masih mengambil berat terhadapnya tanpa berlebih-lebihan.Sukar,namun kamu harus percaya bahawa garis persahabatn yang diwujudkan mampu membuatkannya tertarik untuk berkasih dengan kamu semula kerana keperihatinan dan perhatian yang diberikan.Tapi ingat,jangan cepat meletakkan harapan dan terus memintanya kembali kepadamu sekalipun dia memberikan respon positif.bersabar dan lakukan secara perlahan-lahan.


Percaya Kepada Diri
Percaya bahawa ada pasangan yang berpisah dan kembali semula selepas menyedari mereka tidak boleh hidup tanpa satu sama lain.Walaupun mengambil tempoh yang panjang,akhirnya cinta mereka bertaut semula.Ini yang dikatakan jodoh.Kamu perlu yakin dengan apa yang kamu mahu dan fikir.Namun,kamu juga harus sedar bahawa segala yang dirancang hanya boleh ditentukan oleh takdir.Jika kamu berdua ditakdirkan bersama,maka tidak mustahil kamu berdua kembali bersama.Jika tidak,fikirkan apa yang terbaik untuk dirimu.Ingat paling penting adalah kegembiraan dan masa depan kamu,bukannya dia.Mungkin juga perpisahan adalah jalan terbaik untuk kamu berdua kerana ada yang lebih baik sedang menanti.



Bercinta dan berpisah adat orang berkasih-kasihan..







Thank you for willing to read my entry.. Click like button bellow if you like this entry.. And don't forget to drop a comment..!

Sunday 4 December 2011

10 Ciri Lelaki Kasanova

  • Hipokrit..
Di awal perkenalan, si dia akan menjadi insan yang paling mulia.Apa sahaja yang kamu inginkan semuanya akan dipenuhi.Namun harus diingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan.Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya..

  • Poket Kosong..
Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti orang berada tapi sebenarnya poket kosong.Kalau ada pun cuma cukup untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah yang menjadi mangsa..

  • Tidak Patuh Pada Janji..
Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji.Tengok sahaja setiap kali kamu datang siapa yang akan sampai dahulu..

  • Banyak Alasan..
Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan.Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri...

  • Berlagak Macho..
Apabila keluar dengannya selalu tunjuk macho depan perempuan.Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu.Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu tetapi dia memang peramah dengan semua orang...

  • Berani Bertindak di Luar Batasan..
Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian sensitif.Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh lagi..

  • Kaki Kikis.. 
Selepas sebulan berkawan si dia sudah berani minta wang untuk dipinjam.Tanpa segan silu si dia meminta dari kamu.Tetapi alasan yang diberikan untuk meminjam memang konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.Oleh itu hati-hati ya.....

  • Gunakan Paras Rupa..
Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan mudah cair dan menjadi mangsa.Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percaya pada hati..

  • Perahsia..
Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya.Ini sememangnya perkara yang sering berlaku tetapi harus diingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetapi ajak-ajak ayam sahaja.Mulut kata ya tetapi hati tidak...

  • Branded..
Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama.Maklumlah nak memikat ramai mangsa...












Thank you for willing to read my entry.. Click like button bellow if you like this entry.. And don't forget to drop a comment..!

Friday 2 December 2011

Membersihkan Karat Pada Baju...
Bagi menghilangkan karat yang terkena pada baju,
ambil sebiji limau nipis dibelah dua..
Gosokkan pada permukaan baju yang terkena karat dengan
limau nipis. Lakukan dua kali dan biarkan ia kering.
Anda akan melihat hasilnya.




Meredakan Demam Pada Bayi....
Petua  bagi meredakan demam panas pada bayi ialah
dengan segenggam asam jawa.
Tambahkan dengan air suam,
kemudian sapukan ke seluruh tubuh bayi.
biarkan hingga kering.
lakukan dua kali sehari insyaallah
panas akan berkurang..



Legakan Batuk Dengan Daun Sirih...
Petua untuk melegakan batuk dan gatal kerongkong
ialah dengan memakan sehelai daun sirih
dengan sedikit gula.
kunyah dan telan air. amalkan setiap pagi dan malam..




Thank you for willing to read my entry.. Click like button bellow if you like this entry.. And don't forget to drop a comment..!