Sunday 4 December 2011

10 Ciri Lelaki Kasanova

  • Hipokrit..
Di awal perkenalan, si dia akan menjadi insan yang paling mulia.Apa sahaja yang kamu inginkan semuanya akan dipenuhi.Namun harus diingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan.Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya..

  • Poket Kosong..
Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti orang berada tapi sebenarnya poket kosong.Kalau ada pun cuma cukup untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah yang menjadi mangsa..

  • Tidak Patuh Pada Janji..
Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji.Tengok sahaja setiap kali kamu datang siapa yang akan sampai dahulu..

  • Banyak Alasan..
Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan.Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri...

  • Berlagak Macho..
Apabila keluar dengannya selalu tunjuk macho depan perempuan.Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu.Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu tetapi dia memang peramah dengan semua orang...

  • Berani Bertindak di Luar Batasan..
Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian sensitif.Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh lagi..

  • Kaki Kikis.. 
Selepas sebulan berkawan si dia sudah berani minta wang untuk dipinjam.Tanpa segan silu si dia meminta dari kamu.Tetapi alasan yang diberikan untuk meminjam memang konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.Oleh itu hati-hati ya.....

  • Gunakan Paras Rupa..
Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan mudah cair dan menjadi mangsa.Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percaya pada hati..

  • Perahsia..
Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya.Ini sememangnya perkara yang sering berlaku tetapi harus diingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetapi ajak-ajak ayam sahaja.Mulut kata ya tetapi hati tidak...

  • Branded..
Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama.Maklumlah nak memikat ramai mangsa...












Thank you for willing to read my entry.. Click like button bellow if you like this entry.. And don't forget to drop a comment..!

No comments: