Thursday 21 July 2011

renung2kan....buat tatapan smua!

Jika kejahatan di balas kejahatan,
maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan,
itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji


Lantaran adanya wanita,
alam menjadi indah,
lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.
Lantaran adanya lelaki dan wanita
terkadang sempurnalah
suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan....



Biar pendiam tapi berisi,
daripada bising menyusahkan orang,
biar banyak ingatkan mati,
daripada hidup bagaikan arang....



 
Tatkala kita di bawah,
yakinlah kita pasti akan berada di atas,
dan tatkala kita berada di atas,
yakinlah....
kita tak selamanya di situ....





Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya...!       



Jangan pandang
kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu,
Jangan kejar
kemewahan kerana ianya akan susut,
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana
ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram,
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum,




Kehidupan kita di dunia ini
tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan...
apa yang ada hanyalah percubaan,
cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi
hanya dapat ditemui
apabila kita kembali semula kapada Ilahi...




      
Mengapa manusia
gemar mencetuskan pertelingkahan
sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah kemesraan....



Kekecewaan
mengajar kita erti kehidupan...
teruskan perjuangan kita
walaupun
terpaksa menghadapi rintangan
demi rintangan dalam hidup ini...



Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

         

Thank you for willing to read my entry.. Click like button bellow if you like this entry.. And don't forget to drop a comment..!

No comments: