Tuesday 16 August 2011

Pesanan Rasulullah SAW terhadap Wanita


  • dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) yang solehah...(riwayat muslim

  • mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kamudian ia melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumanya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina(riwayat Ahmad,Thabarani dan Hakim)

  • dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

  • perempuan apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki..(riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik)

  • perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya..(riwayat Tarmizi)

  • apabila lari seseorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyang, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya meminta maaf...(riwayat dari Hassan)

  • wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhanya serta menjaga sembahyang dan puasanya...

  • dari Muaz bin Jabal bersabda Rasulullah SAW: mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka...

  • tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memulaikan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya...

  • Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan air di sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim...

  • mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". maka Allah akan menghapuskan amalnnya selama 70tahun, walaupun ia berpuasa di siang hari dan beribadah pada malamnya...


Thank you for willing to read my entry.. Click like button bellow if you like this entry.. And don't forget to drop a comment..!

1 comment:

Farah Zulkefli 👑 said...
This comment has been removed by the author.